Aiman Azizi tertinjau-tinjau sambil tersengih nakal di sebalik pokok getah di hadapan rumah opah Fatin Fatini. Selalunya sekitar jam 8.00 pagi Fatin akan keluar untuk memberi makan ayam opahnya di reban belakang rumah.
"Aiman, awak buat apa tu?" Bazli kawan karib Aiman yang kebetulan lalu di situ sambil menunggang basikal hairan melihat sikap Aiman.
"Syyy...janganlah bisinglah Bazli."
"Apehal?"
"Tengok sajalah sekejap lagi drama sebabak akan bermula."
"Drama apa pula Aiman?" Bazli masih tak puas hati dan tak mengerti akan sikap Aiman yang mencurigakan.
"Diamlah! Meh sini sembunyi balik pokok ni. Awak jangan sibuk tanya boleh tak? Jadi penonton sajalah, percuma tak perlu beli tiket."
"Peliklah kau ni Aiman. Pagi-pagi dah main sorok-sorok pula. Nak mengintai anak dara orang ke?" Aiman hanya tersengih kepada Bazli.
"Banyak soallah awak ni Bazli. Boleh tak senyap sikit. Sabarlah."
"Hmm...ape-ape ajelah kau ni Aiman. Tak kuasa aku nak masuk campur."
Bazli dengan rasa ingin tahu menurut saja arahan Aiman bersembunyi di sebalik pokok getah. Basikalnya juga direbahkan ke atas tanah agar tidak dilihat oleh sesiapa yang melintas tempat mereka bersembunyi.
Fatin berkain batik dengan blaus lengan panjang dan tudung ekspress warna hitam berselipar jepun melangkah ke arah reban ayam opahnya. Memang rutinnya pada setiap minggu atau cuti sekolah Fatin akan membantu opahnya dengan kerja-kerja rumah termasuklah memberi makan ayam di reban.
Mata Aiman bulat ceria bila terpandang kelibat Fatin yang sedang menuju ke reban ayam. Dengan senyuman penuh makna Aiman menjeling muka Bazli yang masih penuh dengan tanda tanya.
Perlahan-lahan Aiman melangkah keluar daripada tempat persembunyiannya dan bergerak menghampiri Fatin. Pada masa yang sama dia tertinjau-tinjau kiri dan kanan untuk mempastikan tiada sesiapa yang melihatnya kecuali Bazli teman karibnya.
Bazli hanya berdiri melihat tindakan Aiman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aiman menyergah Fatin hingga Fatin terlompat kerana terkejut bukan kepalang. Aiman gelak melihat tingkah Fatin. Wajah Fatin sudah bertukar masam kerana marahkan Aiman.
"Selamat Hari Ayam Sedunia Fatin Fatini." Kah! kah! kah! Aiman ketawa berdekah-dekah. Aiman seronok dapat buat Fatin marah.
"Hoi! apa ni pagi-pagi dah ganggu ketenteraman orang. Takde kerja lainkah?" mata Fatin mencerlung memandang Aiman dengan hati geram.
Fatin tahu Aiman sengaja mengusik dan menaikkan amarahnya pagi itu yang sedang tekun memberi makan ayam dalam reban milik opahnya.
"Nah! sejambak bunga taik ayam untuk awak sempena Hari Ayam Sedunia. Suka tak?" Aiman masih lagi ketawa nakal.
"Banyaklah awak punya tahi ayam. Nak ke? Meh Fatin ambilkan tahi ayam untuk Aiman." Aiman berlari laju meninggalkan Fatin sambil mengekek ketawa.
Fatin baling Aiman dengan sabut kelapa. Aiman berlari sambil melompat-lompat ketawa. Bazli pula sudah terbongkok-bongkok ketawa sambil menekan perutnya.
Fatin berlari mengejar Aiman sambil membalingnya dengan sabut kelapa. Aiman berlari laju mengelak daripada terkena balingan sabut kelapa.
Setelah reda ketawa, Bazli menggeleng-geleng kepalanya namun masih tersengih geli hati melihat kenakalan Aiman semata-mata untuk buatkan Fatin marah.
"Aiman...Aiman... kenapalah kau pi kacau si Fatin tu."
" Saja nak tengok dia marah." Aiman masih ketawa seronok sebab telah berjaya buat Fatin marah. Buakan sekali dua Aiman buat kerja tu. Tiap kali ada kesempatan ada saja akalnya untuk buatkan Fatin marah. Tak kira tempat samada di kampung atau di sekolah. Asal nampak Fatin dia tak duduk diam mesti diusiknya sampai Fatin marah.
Aiman dan Bazli sebaya baru berusia 17 tahun. Mereka jiran sekampung dan bersekolah di tempat yang sama dalam Tingkatan 5. Sejak kecil mereka berkawan rapat dan membesar bersama. Fatin pula baru berusia 15 tahun juga merupakan jiran Aiman dan bersekolah di tempat yang sama dalam Tingkatan 3.

Menarik, tak sabar menanti kesudahan cerita ini. Mungkin lebig menarik jika sesekali diselitkan penceritaan persekitaran pada ketika itu. Contohnya dedaunan yang masih dibasahi embun atau bunyi ayam berkokok dari reban. Deruan kereta...... Pengenalan cerita yang sungguh kreatif.
ReplyDeleteyaaahhh...nanti masa editing bulih sia selitkan suasana itu untuk lebih menghidupkan latar cerita...TK kerana bagi idea yang lebih kreatif, maklumlah kalau buat sendiri banyak yang terlepas pandang dan kadang2 ada mental block juga...
Deleteyaaahhh...nanti masa editing bulih sia selitkan suasana itu untuk lebih menghidupkan latar cerita...TK kerana bagi idea yang lebih kreatif, maklumlah kalau buat sendiri banyak yang terlepas pandang dan kadang2 ada mental block juga...
DeleteTiada nama lain ka..selain drpd aiman azizi fatin
ReplyDeleteTiada nama lain ka..selain drpd aiman azizi fatin
ReplyDelete